Monday, March 14, 2011

Abdullah dapat anugerah Arab Saudi

Abdullah dianugerah Hadiah Antarabangsa Raja Faisal
14/03/2011 6:35pm

KUALA LUMPUR 14 Mac – Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dianugerahkan dengan Hadiah Antarabangsa Raja Faisal (KFIP) yang berprestij di bawah kategori Perkhidmatan kepada Islam.

Hadiah itu disampaikan kepada beliau oleh Timbalan Perdana Menteri kedua Arab Saudi Putera Nayef Abdul Aziz Al-Saud dalam satu upacara di Riyadh, Arab Saudi pada Ahad.

Abdullah dipilih untuk hadiah itu kerana memberikan pengiktirafan terhadap perkhidmatan cemerlang beliau kepada Islam di Malaysia dan luar negara serta peranannya dalam mengukuhkan lagi pembangunan ekonomi Malaysia dan menggalakkan pengajian Islam.

Dalam ucapan ketika menerima hadiah itu, Abdullah berkata beliau memberikan perhatian terhadap bidang-bidang yang difikirkan rakyat Malaysia paling memerlukan.

"Islam Hadhari wujud daripada pengetahuan asas agama saya yang kukuh dan pemahaman dalam intipati ajaran Islam berdasarkan Al-Quran dan Hadis,” kata beliau.

Dalam hubungan ini, Abdullah berkata pembangunan modal insan menjadi strategi pusat beliau untuk kemajuan.

"Pembangunan modal insan bukan semata-mata mengumpulkan pengetahuan dan kemahiran, ia adalah integrasi dan keseluruhan kemajuan manusia dicampur dengan mental dan kebolehan luar biasa dengan integriti moral dan kekuatan rohaniah,” kata beliau.

Anugerah itu dibuat dalam empat kategori dan kepada tujuh penerima dari Malaysia, Amerika Syarikat, Jepun, Turki dan Jordan.

KFIP diberikan kepada penerima, lelaki dan wanita yang dedikasi terhadap perkhidmatan dan sumbangan yang cemerlang kepada agama Islam dan umat Islam. - Bernama

>Masih wujudkah Islam Hadhari di Malaysia ini?..rasanya yang tinggal pun Institut Islam Hadhari kat UKM jer pn..koridor2 pn dh runtuh jd apa yg Pak Lah tinggalkan untuk kita semua..

No comments:

Post a Comment