Monday, March 14, 2011

Rosmah bagi angpau

Rosmah sumbang RM90,000 kepada 18 rumah kebajikan
14/03/2011 5:55pm

KUALA LUMPUR 14 Mac – Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menyampaikan sumbangan berjumlah RM90,000 kepada 18 rumah kebajikan sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Setiap rumah kebajikan itu menerima RM5,000 dan “angpow” bernilai RM20 setiap seorang daripada Rosmah, yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Menteri (Bakti).

Antara rumah kebajikan terbabit ialah Rumah Sayangku Kuala Langat, Gabungan Persatuan Orang Cacat Malaysia, Persatuan Orang Cacat Cina Malaysia, Asrama Cahaya IJ Convent, Rumah Orang Tua Victory, Persatuan Kebajikan Ti-Ratana, Rumah Charis, Rumah Siloam dan Rumah Orang Tua Sungei Way.

Pada majlis, Rosmah bersama-sama YTL Corporation dan anggota Bakti meraikan kira-kira 400 anak yatim, warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) pelbagai kaum pada majlis jamuan tengah hari “vegetarian” di sebuah hotel di sini.

Majlis itu turut dihadiri isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Pengarah YTL, Datuk Yeoh Soo Min. - Bernama

>Jika dibaca berita betul2, Rosmah tukang sampai jer, tuan punya duit tokey YTL tu..lg satu diaorg ni nk hina Rosmah sbb gemuk ker sampaikn bg jamuan sayur jer..

No comments:

Post a Comment